SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
PENGENALAN
•Sekolah - pusat penyebaran maklumat dan ilmu pengetahuan.
•Persekitaran sekolah - kawasan sekeliling sesuatu tempat membawa maksud masyarakat yang
tinggal berhampiran dengan sesebuah sekolah.
•Sekolah berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang
cemerlang dari segi keilmuan tetapi juga membentuk manusia yang
bersahsiah baik serta memahami tanggungjawabnya selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.
OBJEKTIF
KAJIAN
•Mengkaji hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat sekeliling.
•Mengetahui peranan pelajar.
•Mengetahui peranan guru dan ibu bapa.
•Mengkaji hubungan antara pihak sekolah dengan staf dan para pelajar.
•Mengetahui isu yang dibangkitkan berkaitan persekitaran sekolah.
PERSEKITARAN FIZIKAL
- SUSUNAN DAN REKA BENTUK FIZIKAL.
- PENCAHAYAAN.
- KEBERSIHAN.
- RUANG PEMBELAJARAN.
- PENGUDARAAN.
- PERABOT.
- SUMBER BAHAN PEMBELAJARAN.
Persekitaran Psikososial
•Suasana selesa dan mesra.
•Suasana yang
merangsang pembelajaran.
•Menggalakkan pembelajaran kooperatif.
•Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal.
•Memberi peluang yang
sama kepada semua murid.
PERANAN PELAJAR
•Hubungan saling menghormati antara guru
dan para pelajarnya.
•Kesukarelaan pelajar pelajar menerima aspirasi dan peraturan kelas yang
diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
•Perasaan kekitaan yang
timbul di antara para pelajar dan
guru-guru sebagai sebuah keluarga yang
mesra dan bahagia.
Institusi Masyarakat /Pihak Luar
•Masyarakat merupakan institusi tidak
formal yang mempengaruhi pendidikan seorang pelajar.
•Kerjasama erat antara sekolah dengan komuniti luar membantu mencapai kecemerlangan sekolah khususnya para pelajar dan organisasi guru.
•Contohnya : persatuan belia, badan kebajikan penduduk, badan koperasi, institusi masjid.
Hubungan sekolah dan masyarakat
•Sekolah merupakan satu sistem sosial yang
tersendiri dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.
•Sekolah memberi peluang kepada manusia khasnya kepada generasi muda untuk menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran.
•Sekolah mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat
•Sekolah sebagai sebuah organisasi yang
dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.


Comments
Post a Comment