Peranan sekolah kepada masyarakat.




Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak kanak belajar tentang perlakuan masyarakatnya dan menjadikan perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.

Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis.

Persekolahan yang beroganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

Kerjasama antara sekolah dan masyarakat
Sekolah memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pasukan pakaian seragam serta tenaga guru dan pelajar ketika menganjurkan sesuatu aktiviti.

Kemudahan seperti dewan, padang dan gelanggang juga boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama.

Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah.
Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempat lawatan tempat pelajar belajar.

Peranan ibu bapa

Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran.

Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah.

Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru dan murid murid.

Hubungan sekolah dan ibu bapa
Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru.

Membantu dalam memajukan perkembangan murid.

Menjaga kebajikan murid.

Menambah sumber kewangan sekolah.

Meningkatkan keceriaan premis sekolah.

Menjayakan aktiviti dan program pendidikan.

PERSEKITARAN SEKOLAH DI JEPUN

Pelajar Jepun mengamalkan budayaSoujiatau budaya membersihkan. Setiap hari sekolah memperuntukkan masa sebanyak 15 minit untuk membersihkan sekolah.

Seterusnya, pelajar di Jepun akan bergilir-gilir mengambil tugas menghidang makanan kepada kawan-kawanya pada waktu rehat. Ini kerana di sana tiada pekerja kantin melainkan hanya tukang masak sahaja.

Satu lagi budaya di Jepun yang asing bagi kita ialah perintah berkurung. Pelajar-pelaajr sekolah di sana akan dikurung oleh ibu bapa mereka jika mereka melakukan sesuatu kesalahan. Mereka juga diperintahkan untuk terus pulang ke rumah setelah habis waktu persekolahan serta tidak dibenarkan untuk tidur di rumah kawan-kawan.



Comments

Popular Posts