Isu berkaitan dengan persekitaran sekolah!


Hubungan guru dengan ibubapa
-Guru boleh diibaratkan ibubapa kedua bagi pelajar di sekolah.
-Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus pelajar di sekolah manakala ibubapa adalah penjaga kepada anak-anak mereka.
-Seringkali mendengar atau membaca ibubapa menyaman guru disekolah.

-Cth: kes berkaitan Cikgu Noor Idzahril  disebabkan oleh tindakan beliau memukul seseorang pelajar yang membuat bising di sebelah kelas tempat beliau mengajar.
-Jika hubungan antara kedua-dua pihak tidak baik , banyak perkara yang tidak mampu kita selesaikan berkaitan dengan pembelajaran anak-anak disekolah

Persekitaran sekolah yang tidak selesa
Kekurangan prasarana, kemudahan pembelajaran, suasana pembelajaran yang tidak selesa, selamat, dan kondusif terutama diluar bandar merupakan antara faktor yang mempengaruhi pencapaian yang rendah di kalangan pelajar.
Sekolah yang berada di luar bandar mempunyai perbezaan yang amat ketara berbanding sekolah yang terdapat di bandar.
Kebanyakkan bilik darjah tidak menyediakan persekitaran yang selesa bagi memnuhi keperluan guru dan pelajar. Keadaan bilik darjah yang sebegini tidak selamat untuk dijadikan sebagai tempat menimba ilmu. (Azimin Samsul, 2013).

Hubungan guru dengan pelajar

Interaksi yang baik antara guru dan pelajar boleh mewujudkan hubungan yang positif dalam bilik darjah.
Guru yang baik dapat menilai perubahan yang berlaku mengetahui keperluan pelajar dalam bilik darjah.
Layanan guru yang tidak baik akan menyebabkan pelajar tersebut membenci gurunya sekaligus enggan mempelajari ilmu yang telah disampaikan oleh guru berkenaan.
Cth: Melaka, seorang guru wanita mendakwa diejek dengan pelbagai perkataan yang menghina di sebuah kedai alat tulis selepas mengambil tindakan terhadap murid berkenaan kerana membuat bising didalam kelas.

Tahap teknologi pada tahap yang sederhana

Penggunaan ICT merupakan sumber pedagogi yang berkesan dan berpotensi dalam membantu guru ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam kelas. (Rawlins dan Kehrwald, 2014)
Kemudahan persekitaran pembelajaran perlu seiring dengan perkembangan teknologi
Sumber pengetahuan bukan lagi pada pengajaran guru semata malah pelajar perlu berpeluang untuk mendapat ilmu seluasnya daripada sumber yang pelbagai.
Dalam usaha menwujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan berpusatkan pelajar serta memenuhi kepuasan guru dan pelajar, maka sewajarnya persekitaran ini dinilai semula dan membuat penambahbaikan terutamanya  aspek kemudahan teknologi bagi meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran di dalam bilik darjah. (Che Nidzam kamisah dan Lilia, 2010).

Buli di sekolah

Didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya
Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibubapa, kerajaan, masyarakat dan lain lain.
Cth: 30 ogos 2018 (Berita Awani) polis telah menahan 3 pelajar lelaki Tingkatan 3 selepas terlibat dalam kejadian memukul dan membuli 2 pelajar Tingkatan 1 di MRSM Parit, Perak. 
Cabaran-cabaran yang dihadapi


Masalah buku teks, prasarana tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa.

Sikap ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak anak sepenuhnya kepada guru.

Apabila anak mereka terlibat dengan masalah sosial, ibubapa mudah menuding jari ke arah guru guru dan pihak sekolah.

 Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah turut mendapat faedah yang sangat berguna iaitu peningkatan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.




Comments

Popular Posts